6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items

“Bosanlah selalu makan ketupat lemang dengan rendang je, nak makan dengan apa lagi eh?”

Sudah sinonim dalam kalangan masyarakat kita apabila menjelang Hari Ray untuk menghidangkan ketupat dan lemang bersama rendang. Namun, bagi anda yang inginkan kelainan juadah untuk dimakan bersama ketupat dan lemang ini, anda boleh cuba 4 jenis juadah di bawah ini. Sedap pun sedap juga.

1. Serunding

Menjadi pilihan selain rendang, serunding juga sesuai untuk dimakan bersama ketupat dan lemang. Serunding yang terdiri daripada serunding ayam, daging dan ikan ini pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, serunding pun boleh dimakan bersama nasi tau.

2. Susu pekat

Mungkin ramai yang masih belum mencuba untuk makan ketupat dan lemang bersama susu pekat. Rasa ketupat dan lemang yang lemak sebenarnya amat sesuai digandingkan bersama susu pekat untuk rasa yang lebih berlemak. Memang sesiapa yang sukakan rasa manis boleh makan ini tanpa henti!

3. Kari

Kari pun boleh dimakan bersama ketupat dan lemang ke? Boleh, apa salahnya. Bagi anda yang berada di sekitar kawasan utara mesti sudah terbiasa untuk makan ketupat dan lemang bersama kari kan? Anda boleh cuba padankan ketupat dan lemang bersama kari ikan atau kari daging untuk rasa yang lebih enak.

4. Kuah kacang

Bukan sahaja ketupat nasi yang boleh dimakan bersama kuah kacang, malah ketupat palas dan lemang pun boleh juga. Untuk anda yang ‘gilakan’ kuah kacang, boleh lah menjamu selera ketupat dan lemang bersama kuah kacang untuk hidangan yang lebih simple.

Related Post

Pin It on Pinterest

Share This