6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items
Cara Buat Corndog Yang Mudah & Super Lazat. Favourite Anak-anak Ni!

Cara Buat Corndog Yang Mudah & Super Lazat. Favourite Anak-anak Ni!

“Kalau cuti sekolah ni budak-budak memang asyik nak mintak maaakaan memanjang. Aku pun dah takde idea nak masak apa. Asyik ulang menu sama je.”

Biasanya cuti sekolah mak-mak makin sibuk di rumah. Kadang-kadang nak cepat tu kita pun gorenglah nugget atau sosej. Tapi balik-balik makan benda tu kita pun bosan juga.

Apa kata cuba olah sedikit dan buat corndog yang mudah ni. Sosej goreng yang dibalut tepung gebu memang sedap dimakan panas-panas. Tambahan pula kalau ada cheese yang cair di dalam. Bila tarik tu… Fuhh, terasa nikmatnya.

Disebabkan corndog ni dicucuk dengan lidi macam sate, budak-budak mesti lagi suka sebab ia mudah dipegang.

Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Mahfuzah Amin ini. Katanya kejap je dah kena serbu dengan anak-anak. Mesti sedap tu!

Resepi Corndog Yang Mudah & Super Lazat

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang digunakan adalah macam dalam gambar di bawah:

  • Pancake mix
  • Susu full cream
  • Chilli flakes / serbuk lada putih / hitam
  • Sosej Jumbo berperisa
  • Keju sebarang jenis (saya guna Mozzarella)
  • Telur
  • Breadcrumb (seeloknya yang putih)

Cara-cara

1. Sediakan Doh

Mula-mula gaulkan pancake mix dengan sedikit susu full cream dan gula kastor hingga menjadi doh. Kemudian asingkan kepada beberapa bahagian ikut berapa banyak corn dog yang kita nak buat.

Kalau tak gunakan susu dan gula, boleh juga bancuh dengan air biasa. Cuma rasanya sedikit plainlah.

2. Cucuk Sosej & Cheese

Seterusnya saya potongkan sosej kepada 2 bahagian. Cucukkan pada lidi sate. Bahagian atasnya saya cucuk dengan keju mozarella yang digumpal.

Kalau nak letak keju cheddar sekeping keliling sosej pun boleh. Tapi saya buat macam ni sebab anak nak feel tarik-tarik cheese tu.

3. Balutkan Dengan Doh

Lepas tu balutkan dengan doh yang kita dah uli menggunakan pancake mix tadi. Taburkan sedikit chilli flakes untuk bagi rasa sedap. Boleh juga gunakan herbs lain atau serbuk lada putih / hitam ikut suka.

4. Salut Breadcrumbs

Kemudian untuk tambah kerangupan di luar, kita salutkan dengan breadcrumbs sebelum digoreng.

Celupkan telur untuk jadikan pelekat.

Kemudian kita salutkan dengan breadcrumbs.

Siap untuk digoreng.

5. Goreng

Macam biasa, panaskan minyak dalam kuali. Kemudian bolehlah kita goreng macam biasa.

TIPS: Boleh rebuskan sosej terlebih dahulu kalau nak dapatkan tekstur corndog yang cantik. Masa menggoreng pun sekejap saja sekadar nak dapatkan kerangupan daripada doh di luarnya. Putar-putarkan corndog ketika menggoreng untuk dapatkan warna perang yang sekata.

Makan panas-panas, dengan keju yang cair di dalam memang sedap….!

Cheese Leleh Tu Yang Power!

Mudah kan nak buat corndog ni. Sesekali tu boring juga makan sosej macam biasa aja. Kalau buat macam ni mesti anak-anak seronok makan ramai-ramai. Mak ayah dia pun dapat tumpang sekaki. Sedap tu…

Kalau nak lagi sedap boleh bubuh mayonis, cheezy sauce, atau sos cili biasa. Barulah bertambah naik lagi rasa dia macam dalam gambar di bawah ni. Ni saya tak sempat nak deko apa, anak-anak dah ‘serang’.

resepi sosej

Foto Kredit: resepkoki.id

Sesuai sangatlah buat corndog ni di rumah, terutamanya musim-musim cuti begini. Biasalah anak-anak kan memang cepat lapar.

Selamat mencuba!

*Resepi corn dog ala Korea ini disumbangkan oleh Puan Mahfuzah Amin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Sedapnya, Tapi Ini 5 Sebab Jangan Order Telur ‘Goyang’ & Telur Separuh Masak Ketika Hamil. Bahaya!

Sedapnya, Tapi Ini 5 Sebab Jangan Order Telur ‘Goyang’ & Telur Separuh Masak Ketika Hamil. Bahaya!

“Pagi-pagi ni teringin pula nak makan telur separuh masak cicah roti. Uish sedap tuu… Tapi aku dengar orang mengandung tak elok makan telur separuh masak ni. Betul ke?”

Ramai antara kita memang suka makan telur separuh masak. Ia bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya yang lemak dan teksturnya yang gebu cukup buat kita berselera di awal pagi.

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa telur separuh masak mahupun telur ‘goyang’ yang biasa kita order bersama nasi goreng ini sebenarnya berisiko dimakan oleh wanita hamil dan anak kecil.

Ini antara bahaya telur separuh masak yang mungkin anda tak tahu serta beberapa tips keselamatan untuk menyediakannya.

5 Bahaya Telur Separuh Masak Untuk Ibu Mengandung & Anak Bawah 5 Tahun

Sungguhpun telur mengandungi nutrisi yang baik, namun menurut USDA, telur separuh masak berisiko untuk dimakan oleh ibu mengandung dan anak kecil, terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah.

1. Risiko Keguguran Bagi Ibu Mengandung

Ini kerana, telur mentah atau separuh masak yang tidak dimasak sepenuhnya terdedah kepada bakteria Salmonella. Walaupun tidak begitu merbahaya pada orang dewasa yang normal, bakteria Salmonella ini mampu menjadi serius hingga menyebabkan keguguran atau kematian janin jika menyerang ibu hamil.

kelebihan ibu mengandung

Foto Kredit: thebump.com

2. Sistem Imun Kanak-kanak Belum Matang

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak dan bayi terutamanya mempunyai sistem imun yang masih belum matang. Bahkan, mereka yang berusia 5 tahun ke bawah terdedah kepada bahaya yang paling serius berbanding kumpulan umur yang lain.

Pakar menjelaskan bahawa bakteria Salmonella ini turut merbahaya kepada anak-anak kecil hingga boleh menjadi punca sawan jika toksin sampai ke bahagian otak.

petua rebus telur tak pecah

Foto Kredit: redmountaintrails.com

3. Keracunan Makanan

Begitu juga halnya bagi ibu mengandung. Menurut BabyCenter, sistem imun pada tubuh ibu hamil akan mengalami perubahan kerana tugas utamanya kini adalah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, wanita hamil akan lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria Salmonella.

Keracunan makanan ini menyebabkan simptom seperti:

  • muntah dan cirit-birit yang teruk
  • sakit perut
  • sakit kepala
  • suhu badan tinggi

4. Mencuci Saja Tak Dapat Menyahkan Bakteria Sepenuhnya

Walaupun telur dah dicuci dengan bersih sebelum dimasak, bakteria Salmonella mungkin tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Maka sebab itulah kedua-dua telur kuning dan telur putih perlu dimasak sepenuhnya hingga teksturnya menjadi betul-betul kental dan tidak cair.

5. Faktor Luaran Meningkatkan Risiko Pencemaran

Jika anda makan di luar, pastikan juga kebersihan menjadi faktor utama yang dititikberatkan kerana bakteria Salmonella juga dapat hadir melalui cara penyimpanan dan penyediaan yang kurang cermat.

  • Penyimpanan telur seharusnya dielakkan daripada bersentuhan dengan makanan lain. Telur patut disimpan di dalam peti sejuk.
  • Ketika memasak, pastikan telur mentah tidak terpercik ke atas makanan lain, peralatan ataupun permukaan memasak.
  • Cuci tangan selepas memegang atau memasak dengan telur mentah.
  • Bersihkan semua peralatan yang telah digunakan untuk memasak telur dengan air panas yang bersabun.

Foto Kredit: http://www.ltz.de/

Banyak Lagi Cara Menikmati Telur Kegemaran Anda Dengan Selamat

Apapun, jangan risau kerana anda dan anak-anak masih boleh menikmati telur dalam hidangan harian – contohnya telur rebus, telur goreng, atau omelet. Yang penting, ianya dimasak secara penuh tanpa bahagian yang cair di dalamnya.

5 Resipi Juadah Yang Pastinya Dapat Memikat Hati Suami

5 Resipi Juadah Yang Pastinya Dapat Memikat Hati Suami

“Hari ni suami aku cuti, kebetulan anniversary perkahwinan pulak…nak masak apa yang special ya?”

Meraikan perkahwinan dan hubungan bersama pasangan adalah perkara yang digalakkan. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pasangan supaya menjadi makin kuat. Kata orang ‘the way to a man’s heart is through his stomach’. Jadi, salah satu cara untuk pikat hati pasangan adalah melalui masakan!

1. PECAL LELE

Ini adalah antara menu yang selalunya dimakan di restoran luar sahaja. Apa kata anda cuba pula masak pecal lele ini di rumah dan sajikan kepada suami. Kalau tiada masa pada minggu bekerja, boleh juga masak menu ini pada hujung minggu.

Resipi pecal lele : http://myresipi.com/recipes/pecal-lele

2. AYAM PANGGANG LEMON

Kalau nak pikat hati suami dengan cara yang lebih eksklusif, apa kata raikan makan malam ulangtahun perkahwinan atau momen bersama keluarga dengan masak ayam panggang lemon. Boleh dimakan bersama nasi, anda juga boleh jadikan sup cendawan sebagai hidangan tambahan.

Resipi ayam panggang lemon : http://myresipi.com/recipes/ayam-panggang-lemon

3. NASI BUKHARI AYAM

Memang agak mahal juga makanan berkonsepkan Arab bila dijual di kedai. Setiap kali tekak rasa nak makan makanan Arab sahaja, kena keluar makan di luar. Jadi, apa kata anda buat sahaja di rumah? Pasti bukan sahaja suami, anak-anak pun suka dengan sajian yang dihidangkan.

Resipi nasi bukhari ayam : http://myresipi.com/recipes/nasi-bukhari-ayam

4. STEW KAMBING

Stew merupakan antara juadah sihat dan tidak jemu dimakan. Boleh digandingkan bersama nasi atau roti, bukan sahaja dapat memikat hati suami malah hati anak-anak juga. Juadah ini boleh dikatakan agak mahal harganya jika mahu dibeli di luar, jadi jomlah masak di rumah saja.

Resipi stew kambing : http://myresipi.com/recipes/stew-kambing

5. ASAM PEDAS TETEL

Sebut sahaja asam pedas mesti teringat keaslian masakan asam pedas di Melaka kan? Salah satu cara untuk pikat hati suami adalah dengan masak menu popular ini di rumah. Asam pedas daging tetel juga pastinya bakal menjadi kegemaran suami tau!

Resipi asam pedas tetel :http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-tetel

Sumber : MyResipi.com

Tips Pilih Buah Avokado Dengan Betul Untuk Bayi & Anda Yang Nak Diet

Tips Pilih Buah Avokado Dengan Betul Untuk Bayi & Anda Yang Nak Diet

Buah avokado merupakan antara superfood yang bagus untuk dijadikan amalan bagi orang dewasa, yang ingin diet dan juga untuk anak kecil. Tetapi, masih ramai dalam kalangan kita yang masih mengalami kesukaran untuk memilih buah avokado  dengan betul. Dengan cara yang dikongsikan ini, semoga kita tidak tersalah pilih buah avokado yang lembik ya!

Tips membeli Avokado

Selalu nak beli avocado, harganya boleh tahan. Kalau dapat yang elok, teksturnya seolah butter dengan rasa lemak avocado yang mengujakan. Tapi kalau dapat yang keras, mengkal.. atau lagi teruk, busuk di dalam… Tak berbaloi rasanya. Saya ada tip memilih avocado.

1) Jika ada pilihan, beli jenis Hass Avocado. Biasanya ia ditulis pada plastik atau tanda nama display di supermarket.

2) Hass Avocado ini warnanya kehitaman dan kulitnya agak menggerutu. Ia bukan hijau muda.

3) Sentuh avocado itu. Ia sepatutnya lembut, tapi tidak lembik.

4) Lihat pada tangkainya. Jika dalamnya hitam, jangan beli.

5) Seeloknya beli yang dalam tangkainya kuning kehijauan.

PANDUAN UNTUK MEMILIH AVOCADO YANG TERBAIK

Buat anda yang pertama kali mahu menggunakan avokado dalam masakan sendiri atau makanan bayi, ini adalah perkara yang anda perlu tahu semasa proses membersihkan avokado:

1. Kupas kulit avokado

2. Buang biji buah avokado di bahagian tengah

3. Keluarkan isi avokado

4. Hancurkan isi avokado dan campurkan dengan bahan lain untuk rasa yang lebih enak.

Sumber : Happy Baby Foods

Rangup Macam Keropok! Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy, Mudah & Sihat

Rangup Macam Keropok! Ini Cara Buat Bayam Celup Tepung Yang Crispy, Mudah & Sihat

“Budak-budak ni susah betul nak disuruh makan sayur. Habis semua sayur dalam sup dia ketepikan, sorok, lepas tu buang macam tu je.”

Bukan anak-anak saja, ada orang dewasa pun memang liat betul nak disuruh makan sayur. Sampai kita pun naik pening nak fikirkan menu yang boleh pujuk mereka untuk makan sayur.

Bagi yang tengah mencari idea, mungkin boleh cuba bayam goreng tepung yang disumbangkan oleh Puan Widya Wati ini. Menurut beliau, kudapan inilah favourite mereka anak beranak. Rangup krup krap krup krap, macam makan kerepek. Walaupun dulu tak suka sayur, kalau rasa bayam goreng crispy ni sekali mesti terus jatuh cinta.

Jom kita tengok resepinya di bawah.

Resepi Bayam Goreng Crispy Yang Mudah & Sihat

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Daun bayam
  • Tepung beras 1 cawan
  • Tepung ubi 4 sudu makan
  • Bawang putih 3 biji
  • Bawang merah 1 biji
  • Ketumbar 1 sudu teh
  • Garam / Kiub pati ayam / Perasa (Secukup rasa)
  • Telur 1 biji

Cara-cara

Ini cara nak buat bayam goreng crispy langkah demi langkah.

1. Basuh Bayam

Mula-mula cuci daun bayam bersih-bersih. Kemudian toskan hingga agak kering.

2. Tumbuk Bawang & Ketumbar

Seterusnya, tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan ketumbar. Ketepikan dalam satu bekas.

Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi pada bahan yang ditumbuk tadi.

3. Bancuh Tepung

Kemudian, bancuhkan tepung beras dan tepung ubi dengan sedikit air beserta bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

4. Goreng

Bila dah siap, boleh terus panaskan minyak dalam kuali.

Celupkan daun bayam ke dalam tepung dan gorengkan sehelai demi sehelai daun bayam guna api sederhana kecil.

5. Siap!

Macam biasa, tunggu hingga kekuningan. Angkat dan toskan lebihan minyak. Siap untuk dihidang.

resepi bayam celup tepung

Boleh Simpan Jadi Stok Kudapan

Beginilah hasilnya bila dah siap tadi.

Boleh simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama dan kekal rangup. Bolehlah makan sambil tengok TV atau buat cicah dengan sos sambil minum petang. Tapi biasanya sehari dua saja dah habis makan! Maklumlah, benda sedap kan?

Mudah saja nak membuatnya. Rasanya pun sangat lazat dan mesti buat anda tak berhenti mengunyah. Rugi tak cuba tau. Untung-untung anak-anak makin suka makan bayam lepas ni.

Selamat menjamu selera!

*Resepi bayam goreng tepung ini disumbangkan oleh Wati Bfcar melalui Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Pin It on Pinterest