6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items
Cara Mudah Untuk Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki Yang Semakin Teruk, Meh Cuba!

Cara Mudah Untuk Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki Yang Semakin Teruk, Meh Cuba!

Tumit kaki mula merekah? Nak pijak cadar pun dah tak boleh. Sangat ngilu dan sakit. Rasa azab sangat bila rekahan semakin teruk. Lebih teruk kalau tumit kaki berdarah, terkena jangkitan bakteria atau sakit mencucuk-cucuk. Eee.. Peritnya!Â đŸ˜«

Majoriti antara kita ada masalah macam ni. Baik lelaki mahupun perempuan. Biasanya perempuan yang ambil kisah berkenaan hal ni. Bukan muka sahaja nak flawless, tumit kaki pun sama! Hehe. 💖

Cara-cara untuk hilangkan rekahan pada tumit kaki

Tumit kaki yang merekah juga buatkan kita tak selesa untuk berjalan. Betul tak? Jadi, macam mana nak hilangkan rekahan pada tumit kaki ni? Kat sini kami kongsikan petua untuk anda. Ini antara petua tradisional yang anda boleh cuba..

Cara pertama:

Rendam kaki dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, gosokkan bahagian tumit yang merekah tu dengan batu asah pisau. Buat sampai nampak perubahan. Selepas itu, sapukan getah betik muda pada tumit kaki anda. Biarkan seketika sampai getah tu kering. kemudian baru bilas kaki anda.

Cara kedua:

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.

Cara ketiga:

Geselkan tumit kaki pada rumput yang berembun pada awal pagi. Buat setiap hari.

Cara keempat:

Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah.

Cara kelima:

Campurkan gambir dengan air dan sapu pada tumit yang merekah. Sapu guna minyak lebihan goreng ikan pun boleh.

Tapi bukan petua tradisional sahaja yang kami nak kongsikan dengan anda. 😎 Nak tahu cara paling senang nak hilangkan rekahan pada tumit kaki? Inilah dia..

Lagi senang, guna Ellgy Plus Cracked Heel Cream

Haa.. Paling mudah! Guna sahaja Ellgy Plus Cracked Heel Cream. Produk ni sejenis moisturizer. Boleh melembap, melegakan, merawat dan memulihkan tumit kaki yang merekah. Sangat sesuai untuk penjagaan tumit kaki. Wee..

Bila tumit kaki terlalu kering, kulit akan merekah. Sebab tu kena gunakan Ellgy Plus Cracked Heel Cream. Kulit tumit kaki anda akan kekal lembap lebih lama. Nak berjalan pun selesa! Hihi.

Kalau ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan anda yang tumit kakinya merekah teruk, boleh gunakan Ellgy Plus D Factor Cracked Heel Cream. Orang yang berumur atau sakit kencing manis pun lebih sesuai gunakan yang ni. Beza tau. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, Ellgy Plus D Factor Cracked Heel Cream diperkuatkan dengan 7-Dehydrocholesterol. Ia membantu dalam pembentukan dan pengekalan kulit tumit kaki yang dah merekah. So, ia boleh menyembuh secara semula jadi. Bagusnya!

Selamat digunakan atau tidak? Jangan risau. Kedua-dua produk ini bebas daripada animal testing, pewarna tiruan dan wangian. Lagipun, produk ni menggunakan bahan natural. Jadi, memang terbukti selamat. 😍 Wow!

Paling penting, kedua-dua produk ini sudah terbukti secara klinikal. Boleh nampak perubahan ketara pada tumit kaki yang merekah dalam masa tiga hari sahaja! Sekejap sahaja sudah nampak perubahan. Hebat bukan?

Nak tahu cara menggunakannya? Hanya sapukan ke tumit atau kaki anda dengan cara mengurut, dua hingga tiga kali setiap hari. Gunakan dengan kerap untuk elakkan tumit anda kering dan merekah. Mudah bukan?

Ramai dah menggunakan Ellgy Plus Cracked Heel Cream untuk merawat tumit kaki yang merekah. Anda bila lagi? Boleh dapatkannya di farmasi berdekatan anda (klik untuk tahu tempat Ellgy Plus dijual). Untuk info lebih lanjut tentang Ellgy Plus Cracked Heel Cream, boleh klik laman web Ellgy Plus ni ya.

Moga lepas guna produk ni, tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa. Yay! 😋

Laman Web Ellgy Plus : http://ellgyplus.com.my/home/

Facebook Ellgy Plus Malaysia : https://www.facebook.com/EllgyPlusMY/

Kekal Cantik Seperti Scha Alyahya Dengan Bio-Essence!

Kekal Cantik Seperti Scha Alyahya Dengan Bio-Essence!

Pada 26 Julai yang lalu, Bio-Essence telah mengadakan tayangan premium filem aksi, Mission Impossible- Fallout. Yang menariknya, bintang pujaan ramai, Scha Alyahya turut menghadirkan diri di sesi tersebut sebagai duta kepada Bi-Essence.

Berkesempatan menemubual Scha Alyahya, admin sempat bertanyakan tips kecantikannya. Baca lanjut untuk tahu rahsia Scha kekal cantik walaupun sibuk dengan kerjaya dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Scha selalu praktis supaya basuh muka sebelum keluar atau selepas pulang dari mana-mana. Kedua, Scha akan rajinkan diri untuk scrub kulit muka supaya tiada kotoran melekat. Ketiga, Scha wajib lembapkan muka dengan moisturiser. Keempat, wajib pakai sunblock selalu.

“Selain daripada itu, Bio-essence banyak membantu Scha juga. Bukan sahaja membantu mengurangkan kedutan, malah meremajakan kulit, mengelakkan kulit kusam dan menghilangkan garis-garis halus. Antara yang Scha suka guna adalah Bio-Gold Golden Ratio Double Serum. Korang trylah!.” katanya.

Untuk pengetahuan anda, Bio-Gold Golden Ratio Double Serum adalah kombinasi Golden Serum dan Gold Oil yang mempunyai efek anti oksida yang amat membantu untuk mencegah radikal bebas sekaligus menghasilkan kulit yang licin berseri.

Jadi, apa lagi, korang boleh dapakan Bio-Gold Golden Ratio Double Serum untuk jadi cantik seperti Scha Alyahya!

Batuk Berpanjangan? Nah, Cuba 5 Petua Orang Lama Ni!

Batuk Berpanjangan? Nah, Cuba 5 Petua Orang Lama Ni!

Cuaca yang kering dan panas di Malaysia ni membuatkan kita tak lari dari dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada sakit, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Yang paling stress, apabila nak tidur di malam hari. Malam sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai


Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa! Haa..apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas ni memang mendamaikan. Haa..bagi anda yang seharian di pejabat dan setiap hari stress dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat. Memang boleh rasa relaks dan tenang je. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena. Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk tau!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

So, siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

BUAH BADAN DAN MENTEGA


Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari, tiga kali.

LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi..sedap!

Caranya, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

MAKAN MADU

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough. Batuk kering boleh jadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi. Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. Confirm tak boleh tidur malam!

Cuba amalkan makan madu. Madu dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak. Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. Yums!

NAK LAGI MUDAH, CUBA NIN JIOM PEI PA KOA NI. RASA MADU DAN HERBA, DAPAT LEGAKAN TEKAK DAN BATUK!

Haa..kalau anda nak tahu, Nin Jiom Pei Pa Koa ni pun dicampur dengan madu!

Nin Jiom Pei Pa Koa dirumus khas dari madu, bahan-bahan semulajadi dan 14 jenis herba tradisional Cina untuk melancarkan sistem pernafasan, sekaligus melegakan sakit tekak dan batuk. Rasanya pun sedap tau!

Selain itu, ia juga boleh melegakan ketidakselesaan di tekak anda ketika batuk, sekaligus membantu mengurangkan kahak serta rasa perit di tekak dan dada.

Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun boleh makan Nin Jiom Pei Pa Koa ni. Rasanya yang sedap, mesti buat anak anda tak ada masalah nak makan ubat.

Oh ya, Nin Jiom Pei Pa Koa juga ada dalam bentuk gula-gula di dalam paket dan juga tin tau! Lagi senang anda nak bawak ke mana-mana. Mana lah tahu tiba-tiba sakit tekak, makan je gula-gula herba Nin Jiom Pei Pa Koa ni, confirm lega!

Pastikan Nin Jiom Pei Pa Koa selalu dibawa bersama anda ok!

Beli Barangan Runcit Dengan honestbee, Promosi Menarik Sempena Ulang Tahun Ketiga Mereka..

Beli Barangan Runcit Dengan honestbee, Promosi Menarik Sempena Ulang Tahun Ketiga Mereka..

Cuba check barangan runcit kat rumah sekarang. Kalau ada yang kurang tu, eloklah pergi beli. Takut nanti nak guna, barang pula tak ada. Tapi malas nak keluar rumah. Lebih-lebih lagi kalau hujan. Nak memandu pun malas. Dah lah jalan sesak, nak cari parking lagi. Susah! đŸ˜Ș

Tapi sejak ada honestbee ni, hidup jadi lebih mudah! Anda boleh gunakannya untuk beli barangan runcit dan delivery makanan tau. Ia adalah perkhidmatan concierge dan penghantaran secara online. Syok! Tapi ada benda penting yang patut anda tahu tentang honestbee ni. Apa dia agaknya?

Selamat ulang tahun ketiga buat honestbee!

Honestbee dah menyambut ulang tahun yang ketiga! Wah, lama juga mereka beroperasi dan mendapat sambutan ramai pengguna. Lebih-lebih lagi para ibu yang sentiasa memastikan barangan dapur di rumah lengkap dan sempurna. Hihi. 😘

So, sempena ulang tahun ketiga honestbee, ada promosi istimewa! Anda boleh nikmati diskaun 33% untuk pelbagai jenis barangan runcit dan juga diskaun RM33 di pasar raya seperti AEON, B.I.G., AEON MaxValue Prime dan Mydin dengan menggunakan honestbee. Macam tak percaya!

Anda boleh pilih pelbagai jenis barangan runcit daripada barangan basah sehinggalah barangan kering. Memang terbaiklah honestbee ni. Senang cerita, barangan runcit yang anda perlukan pasti ada di honestbee. Tinggal pilih sahaja. Fuh! 😎

Selain barangan runcit, honestbee ada servis penghantaran makanan juga. Kalau terasa lapar tu, bukalah honestbee. Lagi satu, sempena ulang tahun ketiga mereka, ada tawaran terhebat untuk makanan dengan harga serendah RM3 sahaja. Sangat awesome!

Lebih daripada 1000 restoran terkemuka yang anda boleh pilih di honestbee. Sesetengah orang tak suka delivery makanan sebab takut makanan sejuk. Jangan tak tahu, honestbee sangat komited untuk menghantar makanan yang panas tepat pada masanya. Tak perlu risau makanan sejuk lepas ni. Yay!

Sekarang boleh bayar semasa penghantaran secara tunai

Nak tahu? Honestbee sekarang dah ada inisiatif baru untuk para pengguna. Untuk cara pembayaran lebih mudah, anda boleh bayar semasa penghantaran secara tunai sahaja. Anda juga boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran. Senang bukan?

Tengah-tengah malam kalau lapar, bolehlah guna honestbee

Ramai orang yang nak order makanan pada waktu malam. Tapi sayang, tak banyak midnight delivery yang ada. Macam mana kalau lapar tengah-tengah malam? Tak apa! Sekarang dah boleh order dengan honestbee, sebab mereka ada midnight delivery. Best!

Bungkus, lanjutan jenama istimewa buat pelanggan muslim

“Restoran ni halal ke?” Benda ni biasa ditanya oleh pengguna Melayu di honestbee bila nak order makanan. Sebab tu honestbee memperkenalkan lanjutan jenama iaitu Bungkus, yang menumpukan penghantaran makanan dari lebih 40 restoran bersijil halal diperakui oleh Jakim. Bagusnya!

Bungkus oleh honestbee ni diperkenalkan khas untuk memenuhi permintaan pengguna Melayu yang ramai. Dengan tagline “Makan Puas Puas Tanpa Was Was“, tak perlu risau nak order makanan dengan honestbee lepas ni. Mereka cover kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bangsar. Tak lama lagi mereka akan cover kawasan di Shah Alam pula. Wee..

Honestbee kini di Johor Bahru. Yeyy!!

Tahu tak? Honestbee sebenarnya dah mula beroperasi di Johor Bahru. Patutlah honestbee berkembang dengan baik, sebab Johor sesuai dijadikan tempat strategik untuk perkhidmatan concierge dan penghantaran secara online. Mungkin ada kawasan baru yang mereka akan terjah? Hehe.

Perkembangan kawasan honestbee, take note!

Kalau anda nak tahu, sekarang kawasan honestbee dah mula berkembang di Subang Jaya, Sunway, Kepong, Cheras Selatan, dan Maluri. Wah, dah semakin luas kawasan yang mereka cover! Dengar cerita, mereka lebih agresif di Kuala Lumpur. Wow!

Senang beli barangan runcit dengan honestbee, order makanan pun boleh

Para ibu pasti sangat memerlukan honestbee ni untuk beli barang runcit. Lebih-lebih lagi kalau anak masih kecil. Hidup anda pasti lebih mudah dengan honestbee. Jimat masa dan tenaga. đŸ€€Â Nak order makanan pun boleh. Tu yang kita nak dengar! Hehe.

Kalau nak buat tempahan, anda boleh ke laman web honestbee ini. Paling menarik, anda boleh download dan guna honestbee di smartphone. So, boleh order kat mana-mana sahaja. Jangan lupa like dan follow Facebook honestbee untuk perkembangan terkini mereka okay?

Akhir kata, kami mengucapkan selamat ulang tahun yang ketiga buat honestbee! 😍 Semoga terus maju dan berkembang ya. Anda pun jangan lupa bagitahu pasal honestbee ni kat keluarga dan kawan-kawan tau. Yay!

Berbelanja Tanpa GST! Diskaun Sehingga 80%! One Living Seri Kembangan Kan Ada!

Berbelanja Tanpa GST! Diskaun Sehingga 80%! One Living Seri Kembangan Kan Ada!

Sale! Sale! Sale! Inilah masanya anda nak berbelanja, sebab ada diskaun sehingga 80%, GST pun dah tak dak, lagilah jimat. Nak tahu dekat mana? Dekat One Living Seri Kembangan la!

Apa yang mereka tawarkan kali ni? Ada macam-macam peralatan elektrik dan lampu yang anda boleh dapat dekat sini. Yang besar, yang kecil semua ada! Confirm anda puas hati dengan pilihan dan harga yang mereka tawarkan.

Pilihan Yang Pelbagai!

<![CDATA[
/**/
]]>

Sebenarnya dekat One Living Seri Kembangan ni macam-macam anda boleh beli antaranya ialah televisyen, peti ais, kipas, mesin pengisar, periuk nasi dan pelbagai lagi.

Harga Runtuh! Murah! Murah!

<![CDATA[
/**/
]]>

Bayangkanlah harga pengering rambut selepas diskaun hanya RM 12. Mana nak dapat tawaran yang macam tu? Hanya di One Living Seri Kembangan je ada. Lebih menarik, harga Jug kettle hanya RM 59! Wow kan tawaran mereka.

<![CDATA[
/**/
]]>

Deka Water Heater hanya RM 188!

Tv dijual dengan harga berpatutan! Murah! Murah!

Mesin basuh hanya pada harga RM 376

Tawaran Puchase With Purchase Pun Ada!

Disamping itu, One Living Seri Kembangan juga berikan anda tawaran yang lebih awesome dengan PWP offer. Contohnya, jika anda beli televisyen Isonic, anda boleh dapatkan Andriod Tv Box dengan diskaun eksklusif. Best kan? Confirm ramai yang dah excited ni!

Boleh Dapat Free Baucer AEON!

<![CDATA[
/**/
]]>

Tertanya-tanya macam mana korang nak dapat baucer percuma daripada AEON ni? Ha! Mudah ja, hanya beli mana-mana barangan jenama Philips, nanti anda boleh la dapat baucer ni secara percuma. Nilai baucer yang diberikan tertakluk kepada nilai barangan yang anda beli ye.

Lagipun anda boleh menang Tefal Garment Steamer! Mudah je caranya. Hanya like, share & komen. Nak tahu lebih lanjut detail contest? Jom klik link dekat bawah!

https://goo.gl/1iWqsL

Dahsyatkan tawaran yang One Living Seri Kembangan berikan kali ni. Jangan tak tahu, siap ada Suria Cruizer lagi yang bakal menjengah dan menghiburkan anda disana dengan pelbagai game serta hadiah menarik.

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Jom ramai kita serbu One Living Seri Kembangan pada 6 hingga 8 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 9 malam! Kalau boleh datang awal sikit tau! Bukan apa ramai yang beratur nanti. Takut anda terlepas pulak tawaran hebat ni.

Kalau tak tahu dimana kedainya, cari kedai yang ada signboard LED paling terang dikawasan tersebut. Tak pun ikut waze dan google maps dekat bawah.

Masa: 10 pagi – 9 malam

Alamat: 43, Ground Floor, Jalan LP 1A/2, Taman Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

No telefon: 03-8943 3652

Hotline:1700-81-8480

Waze: One Living Seri Kembangan

Pin It on Pinterest