6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items
Resipi Keropok Lekor Viral Hanya Guna Mi Segera

Resipi Keropok Lekor Viral Hanya Guna Mi Segera

“Nak beli keropok lekor sedap jauh pulak nak ke Terengganu. Tapi ada pula resipi keropok lekor guna mi segera je ni, kena cuba!”

KEROPOK LEKOR GUNA MI SEGERA?

Keropok lekor guna mee segera. Selama ni cuma tahu boleh buat murtabak, tak sangka buat keropok lekor pun boleh. Resipi suruh guna mee segera Sedap, saya takde. Saya ganti dengan IndoMie Soto jer. Saya tengok resipi ni kat Forum Cari. Senang giler buatnya. Confirm jadi. Anak-anak pun suka. Yang penting, makan masa panas-panas tau! Baru best. Dah sejuk, dia liat sikit macam keropok lekor jugak. Cubalah ye!

BAHAN-BAHAN

1. Mi sedap

2. 6 sudu tepung ubi

3. Tepung gandum

4. Sebiji telur Gred A

Cara-caranya

1. Rebus mi sampai kembang

Dah kembang, boleh toskan.

2. Masukkan mee, serbuk perasanya, sebiji telur dan sedikit garam dalam blender. Kisar sebati.

Dah sebati.

3. Masukkan telur dan perencah kecuali kriuk kriuk bawang. Lepas dah sebati, tambah tepung ubi 6 sudu dan uli sampai sebati. Letak tepung gandum secukupnya agar tidak melekat.

5. Lepas uli, gulung jadi bentuk silinder.

6. Didihkan air, letak sedikit garam dan rebus sampai terapung dan angkat.

7. Kemudian, potong macam keropok lekor biasa.

8. Siap digoreng!

Sumber: Zuraita Mohd Anuar 

Pin It on Pinterest