6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items
5 Perkara Yang Kita Belajar Lepas 2 Tahun Menyusu Badan

5 Perkara Yang Kita Belajar Lepas 2 Tahun Menyusu Badan

Bagi yang tak pernah melalui pengalaman menjadi ibu menyusu, mungkin ada yang menganggap ia adalah sesuatu yang mudah. Yalah, apa nak susah – setakat selakkan baju dan susukan anak. Susah ke?

Namun bagi ibu-ibu yang terutamanya pertama kali merasai pengalaman ini, ia sudah tentu merupakan perjalanan yang emosional dan penuh liku.

Banyak pengalaman yang kita lalui memerlukan sebuah kekuatan, tak kiralah sama ada secara fizikal, mental mahupun spiritual.

5 Perkara Yang Kita Belajar Lepas 2 Tahun Menyusu Badan

Berikut adalah antara perkara yang kita akan belajar dalam proses menyusukan bayi.

1. Ia Mengajar Erti Kesabaran

Kalau selama ini kita ingat kita dah cukup sabar, mungkin menyusukan bayi akan membuat kita berfikir semula.

Manakan tidak, sejak awal kita menyusukan bayi, begitu banyak cabarannya yang terpaksa dihadapi – susu tersumbat, puting luka, bengkak susu, dan mungkin yang paling sukar adalah berjaga tengah malam. Tiada lagi tidur malam 8 jam atau ‘beauty sleep’ untuk kita. Tiada ‘cuti’ walaupun badan terasa terlalu lenguh dan letih. Tak ada ‘excuse’ walaupun kita sakit atau demam.

Namun, tak ada sedikitpun rasa kesal atas semua pengorbanan ini. Ibu-ibu tetap tegar mahu menyusukan bayi demi mendapatkan manfaat yang terbaik.

Foto Kredit: preciouslittlesleep.com

2. Ia Mengajar Kita Lebih Produktif

Siapa sangka, menyusu badan bukanlah suatu pilihan yang lebih mudah atau ‘easy way out’ berbanding memberi susu formula. Sungguhpun dapat berjimat daripada membeli susu formula, tak perlu bancuh, tak perlu anggar suhu air dan sebagainya, ia tetap memerlukan disiplin dalam melaksanakannya.

Bagi ibu yang bekerja, kena tahu cara simpan susu, cara membekalkan susu pada pengasuh, rutin mengepam setiap 2-3 jam, kena rajin mencuci alatan dan kena sabar mengajar bayi menerima susu perahan. Banyak kerja tu… Kelakar juga bila mengenangkan kita yang menggunakan sepenuh daya untuk ‘multitasking’ – rasa macam ada 8 tangan. Tak ubah macam sotong! Kadang-kadang kita sendiri tak percaya yang kita mampu melakukan begitu banyak perkara dalam satu masa.

Panduan & Cara Simpan Susu Perahan Ibu. Mudahnya!

3. Ia Mengajar Kita Untuk Lebih Bersyukur

“Ya Allah, macam ni ke Mak aku menyusukan aku dulu…”

Mesti ramai yang terdetik dan baru mula dapat merasakan betapa susahnya ibu kita menyusukan kita adik-beradik dulu.

Inilah antara moment yang menjadikan kita lebih menghargai ibu kita dan mengerti kepayahan yang dilaluinya. Kalau sebelum ini, mungkin kita hanya dapat mendengar ceritanya.

Tapi bila dah ‘merasa’ sendiri pengalaman tu, tak ada kata lagi yang mampu terucap untuk menghargai pengorbanan mereka. Betul kan?

4. Ia Memerlukan Kerjasama

Memang ada banyak tips dan panduan yang mengajarkan kita cara untuk menyusukan bayi dengan jayanya. Tapi apa yang pasti, kita amat memerlukan sokongan moral daripada insan tersayang serta kerjasama daripada bayi.

Kita selalu bercakap dengan bayi, memujuknya, dan berdoa tak kira masa. Tak kiralah hebat macam mana pun, kita juga tak mungkin akan dapat melakukannya sendiri. Tanpa sokongan suami, ibu, atau teman rapat, memang rasa macam nak give up!

Foto Kredit: verywell.com

5. Ia Sebuah Perjalanan Yang Penuh Emosi

Rasa gembira, sedih, perit, sakit, terharu, stres dan macam-macam lagi akan kita rasa sepanjang menyusukan bayi. Dah macam naik ‘rollercoaster’ pun ada.

Yang peliknya, bila nak bercerai susu, kita pula yang rasa tak sampai hati. Kita yang beriya menangis senyap-senyap bawah bantal dek kasihankan anak. Ia seolah mengimbau semula semua detik susah senang dan suka duka yang dilalui bersama bayi. Ia bagaikan sebuah transformasi yang menjadikan kita merasakan sifat keibuan secara semulajadi.

cara ajar anak kenal nabi

Foto Kredit: vox.com

Senyumlah Mama, Jangan Menganggapnya Sebagai Beban

Sekalipun perjalanannya cukup mencabar, sebenarnya penyusuan badan telah memberi kesan yang positif kepada diri kita. Jika difikirkan semula, begitu banyak perkara serta pengajaran yang boleh kita belajar melaluinya.

Sebab itulah kita seharusnya berbangga dan bersyukur jika terpilih menjadi salah seorang wanita yang mampu melaksanakan penyusuan badan. Ia adalah kelebihan yang boleh dikatakan luarbiasa kerana bermacam-macam masalah boleh menjadi penghalang untuk kita melakukannya.

Semoga semua usaha ibu-ibu dapat menjadikan kita bersifat lebih penyayang, kental dan penuh yakin untuk menghadapi ujian dalam membesarkan anak pada masa akan datang.

Pin It on Pinterest