6010-3724505 admin@juzlab.net
0 Items
Resipi Kek Oreo Bajet Bawah RM10, Tak Perlu Oven Hanya Kukus Je!

Resipi Kek Oreo Bajet Bawah RM10, Tak Perlu Oven Hanya Kukus Je!

Kek merupakan antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja termasuk anak-anak. Tambah pula kalau anda buat kek menggunakan bahan berasaskan oreo atau coklat, boleh habis dalam sekelip mata sahaja kek tersebut. Kalau anda nak buat kek oreo tapi tidak mempunyai ketuhar di rumah, jangan risau kerana dengan resipi ini anda boleh buat kek kukus oreo dengan bajet bawah RM10!

2 BAHAN SAHAJA

1. Dua oreo panjang

2. Sekotak susu coklat yg kecik

CARA-CARANYA

1. Masuk susu dengan oreo dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.

2. Blend macam tu

3. Isi la adunan dalam bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang lekat pada garfu tu bermakna kek oreo kito belum masak. Kukus lagi.

4. Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu jap.

5. Lastly tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap.

6. Kek oreo dua bahan, yang topping tu saya double boil chocolate. Siap!

Sumber : Hana Ramli

Pin It on Pinterest